Panduan Mendapatkan Kerja di Singapura

RM30.00

SKU: 372 Categories: ,

Description

Mahu Kerja Di Singapura,

TAPI Tak Tahu Bagaimana Caranya?  Nak Pakai Agen, Tapi Takut Kena Tipu?

Mari Saya Tunjukkan Anda Bagaimana Anda Boleh Bekerja Di Singapura Dengan Gaji 3X Ganda Lebih Besar DAN Jimat Beribu-ribu Ringgit Tanpa Perlu Membayar Khidmat Agen! 

Buat masa ini, kadar tukaran matawang antara Singapore Dollar  – Ringgit Malaysia  ialah sekitar 1SGD = RM3.10

Sebab itulah saya katakan, anda mampu mendapatkan gaji 3X ganda lebih besar apabila anda bekerja di Singapura.
Mari saya tunjukkan  anda beberapa contoh tawaran kerja di Singapura yang ada.

 

 

Senarai kerja diatas hanyalah bekerja sebagai tukang cuci sahaja. Ianya tidak memerlukan sebarang sijil kemahiran. Manakala gaji yang ditawarkan sebagai tukang cuci pula dalam lingkungan $1500…. jika ditukarkan kepada matawang Ringgit Malaysia, ianya berjumlah RM4500!

Kerja Tukang Cuci sahaja, tapi.. gaji RM4,500 ??

Itu baru kerja-kerja yang tidak berkemahiran (unskilled).

Kerja-kerja yang berkemahiran dan yang memerlukan  sijil (minima SPM) pula, gajinya adalah lebih tinggi dan lumayan.
Jika anda bekerja kilang sahaja pun dan mempunyai sijil SPM, kadar gaji yang boleh anda perolehi ialah sekitar SGD2,000 = RM6,000.

Ianya sangat lumayan!

Sebab itulah, kalau kita lihat orang-orang yang bekerja di singapura, dalam masa 1 atau 2 tahun bekerja, mereka sudah mampu untuk setelkan hutang PTPTN, beli kereta tanpa hutang, dan ada juga yang berjaya menyimpan puluhan ribu ringgit. Wang tersebut, ada yang digunakan untuk belanja kahwin ataupun dijadikan  modal untuk memulakan perniagaan dan juga pelaburan.

Jika anda pergi ke Johor Bahru, anda boleh lihat sendiri, ramai anak-anak muda di awal usia 20an, sudahpun memandu motorsikal berkuasa tinggi Ducati yang berharga sekitar RM80,000. Ianya adalah fenomena biasa.

 

4 Kelebihan Bekerja Di Singapura!

Sebenarnya, ada banyak lagi kelebihan apabila anda bekerja di Singapura. Berikut adalah beberapa kelebihan lain selain dari kelebihan bergaji 3X ganda lebih besar.

1. Pendapatan Meningkat Setara Dengan Kenaikan Nilai Matawang

Singapura adalah merupakan negara yang maju. Kedudukan ekonomi mereka sangat stabil dan sentiasa mengukuh dari semasa ke semasa. 2 tahun lepas, jika gaji anda berjumlah SG 1,000 sebulan.. maka, pendapatan anda ialah RM2,600, tetapi kini, jika gaji anda masih SGD 1,000.. pendapatan anda dalam ringgit malaysia ialah RM3,100. Tanpa perlu menunggu kenaikan gaji dari majikan anda.. gaji anda sudahpun bertambah!

2. Gaji Tinggi, Kos Hidup Rendah!

Anda pasti pernah mendengar tentang peluang pekerjaan memetik buah di Australia yang pernah hangat suatu ketika dulu… gaji yang ditawarkan, memang sangat lumayan.. RM15,000 sebulan katanya. Tapi, untuk bekerja di Austarlia, maka anda perlu tinggal di Australia juga. Ini menjadikan kos sara hidup anda juga tinggi. Jadi, ianya tidak memberikan anda apa-apa kelebihan pun sebenarnya.

Berbanding bekerja di Singapura, anda masih boleh menetap di Malaysia walaupun anda bekerja di negara maju (Singapura). Kos sara hidup rendah, tetapi gaji anda tinggi!

3. Mudah Berpatah Balik!

Berbalik kepada contoh bekerja sebagai pemetik buah di Australia, apabila di selidiki, pelbagai risiko lain boleh berlaku. Anda mungkin akan “dijual” oleh agen anda malahan ada juga majikan yang tidak mahu membayar gaji seperti yang dijanjikan! Jika semua kecelakaan ini berlaku, maka, untuk anda berpatah balik dan pulang ke Malaysia juga adalah sangat rumit dan sukar. Kos penerbangan untuk pulang ke Malaysia sahaja sudah memerlukan wang beberapa ribu ringgit. Akhirnya, anda terpaksa merempat di negara orang.

Berbanding jika anda bekerja di Singapura, jika apa-apa berlaku kepada anda… anda hanya perlu naik bas dan membayar tambang kurang dari RM30 untuk pulang semula ke Malaysia. 🙂

4. Sah & Kurang Risiko!

Apabila anda bekerja di Singapura, anda akan bekerja secara sah dengan menggunakan permit kerja yang dikeluarkan oleh Ministry of Manpower (Singapura). Anda kenal majikan anda dan ada dokumen perjanjian. Anda akan dilindungi oleh undang-undang buruh daripada penipuan majikan.

Tiada isu majikan tidak membayar gaji seperti mana yang berlaku di negara-negara lain yang mana, anda masuk dan bekerja secara haram. Apabila anda bekerja tanpa permit, pihak majikan berani untuk tidak membayar gaji kerana mereka tahu, anda tidak akan mampu berbuat apa-apa sebab anda tiada permit kerja. Jika anda membuat laporan polis sekalipun, mereka tidak akan mengendahkan anda, kerana, dari sudut perundangan, anda tiada permit kerja dan anda tidak bekerja.

 

Terdapat 5 Bab Utama di dalam ebook ini! Berikut adalah bab-bab yang terkandung di dalam ebook ini!

BAB 1 : STRATEGI MENCARI KERJA

Ya! Untuk mencari kerja, kita perlukan strategi. Di dalam bab ini saya tunjukkan anda bagaimana anda boleh mencari peluang kerja kosong di singapura hanya secara online sahaja. Ada 5 website utama yang boleh anda gunakan!

Terdapat beribu peluang pekerjaan yang akan anda jumpai. Anda boleh lihat sendiri, berapakah gaji yang ditawarkan dan apakah syarat-syarat yang ditetapkan untuk memohon. Anda boleh pilih kerja apa yang anda mahukan!.

Disini sahaja, anda sudah jimat masa dan beribu ringgit berbanding jika anda terus ke singapura untuk mencari kerja atau menggunakan khidmat agen untuk mencarikan kerja untuk anda.

 

BAB 2 : DOKUMEN-DOKUMEN PENTING

Ini bab yang sangat penting. Anda perlu tahu, apakah dokumen-dokumen yang diperlukan untuk anda mencari kerja dan untuk anda masuk ke Singapura.

Undang-undang di Singapura agak ketat. Jika anda tercicir salah satu dokumen ini, anda mungkin tidak akan dibenarkan masuk ke Singapura dan mungkin tidak akan diterima bekerja.

Malahan, sesetengah dokumen, mereka mahukan dokumen yang ASAL! Dokumen fotostat mereka tidak layan!.

 

BAB 3 : PENGANGKUTAN

Ada beberapa cara anda boleh memasuki Singapura. Sama ada menggunakan kereta, motosikal atau bas. Setiap satu cara diterangkan di dalam bab ini.

Pengangkutan untuk bergerak di dalam Singapura juga turut diterangkan di dalam bab ini.

 

BAB 4 : TEMPAT PENGINAPAN

Jika anda sememangnya tinggal di Johor Bahru bersama keluarga, ini mungkin tidak menjadi masalah. Tetapi, bagi yang bukan berasal dari Johor Bahru. Anda perlukan tempat menginap sama ada sebelum mendapat kerja ataupun selepas mendapat kerja.

Jadi, dimanakah anda perlu menginap? Di dalam bab ini saya ada cadangkan tempat penginapan yang sesuai dengan kos yang rendah. Sesuai untuk penginapan sementara apabila anda sampai di Johor Bahru.

Malahan, saya tunjukkan juga cara-cara untuk anda mencari tempat tinggal yang tetap selepas anda mendapat pekerjaan di Singapura.

 

BAB 5 : HAL-HAL PENTING YANG LAIN

Di dalam bab ini, saya menerangkan hal-hal penting yang lain yang perlu anda tahu jika anda mahu bekerja di Singapura.

  • Apakah prosedur yang perlu anda lalui?
  • Perihal tentang gaji?
  • Siapa yang perlu membayar kos levi/permit kerja?
  • Bagaimana waktu bekerja di Singapura?
  • Bagaimana untuk solat? Adakah ruang solat disediakan?
  • Dimana untuk dapatkan makanan yang sedap dan murah?
  • Bagaimana pula dengan penggunaan telefon?
  • Apakah bahasa yang digunakan? Perlukah fasih berbahasa inggeris?

Semua persoalan diatas, akan terjawab di dalam bab ini!

MAAF! Bukan Semua Orang Sesuai Bekerja Di Singapura!

Biar saya berterus terang dengan anda!. Walaupun bekerja di Singapura ini nampak glamour dan berpendapatan besar, namun, ianya bukanlah sesuai untuk semua orang. Ini kerana, suasana kerja dan persekitaran di Singapura adalah berbeza dari Malaysia.

Jika anda mempunyai ciri-ciri dibawah!  Anda tidak digalakkan untuk mendapatkan ebook ini dan tidak digalakkan mencari kerja di Singapura.

Jika anda tidak mempunyai ciri-ciri diatas, maka.. TAHNIAH! Anda mempunyai peluang yang cerah untuk beroleh pendapatan yang lumayan dengan bekerja di Singapura! Anda boleh dapatkan ebook ini sekarang dan mulakan hidup baru anda!

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Panduan Mendapatkan Kerja di Singapura”

Your email address will not be published. Required fields are marked *